Wednesday, December 1, 2010
back to the future, go to the past
maka rugilah ciptaan-ciptaan-Nya yang tak manfaatkan oksigen yang didedut untuk dihembus menghasilkan melodi tadarus yang permai. setiap hari kita tercari-cari apa yang kurang, kenapa rasa bengang, mana datang malang, dan berdozen-dozen baris soalan galak mengorbit kepala kita 365.25 kali setahun
Al-Quran bukanlah milik mutlak ramadhan. semua daripada kita insyaAllah telahpun menggenggam sijil graduasi ramadhan, yang di dalamnya terisi dengan bermacam-macam assesment test yang telah kita lulus dengan jayanya. ada juga di antara kita yang telah berjaya mmengumpul carrymark yang sangat tinggi, alhamdulillah. tapi berapa keratkah antara kita yang istiqamah dalam ibadah ini tatkala syawal mula berganti zulkaedah, dan kini zulhijjah yang hampir bergerak pergi? manusia mudah lupa........
imbas kembali, betapa aman tenteramnya jiwa dalam ramadhan kerana suasana ibadah yag lebih hangat daripada biasa. sekarang malam tak seperti yang sepatutnya terbiasa. dulunya sepertiga di tikar sujud, kini sibuk di tilam lembut. apatah lagi siang yang penuh dengan serabut. murahnya harga ramadhan yang kita bayar dengan doa dibancuh titisan yang nampak ikhlas pada rejab dan syaaban. mungkin satu masa nanti ramadhan akan merajuk dan tak mahu lagi bertemu kita. dan amalan yang kita musimkan itu nampaknya tak mengikut perancangan dipintas Izrail. kala itu batin mula menjerit, ruginya aku, bodohnya aku, sedihnya aku!!!
semua antara kita mengimpikan untuk hidup dalam komuniti yang sihat fizikal dan spiritual. setiap hari mendengar cerita negatif berhubung tingkahlaku manusia membuat kita sepatutnya berazam, carilah hidup bertunjangkan Islam, bukan Islam berdasarkan kehidupan seharian. jadi gunakanlah setiap bulan dipinjam untuk Al-Quran dan isinya, bukan hanya pada ramadhan. takut-takut hati kita tergelincir ke alur syirik kecil secara tak sedar gara-gara menganggap Islam hanya sesuai pada ramadhan sahaja. Nauzubillahi min zalik
"Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya"
Al-baqarah, 4-5
wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment