Saturday, February 12, 2011

ramai-ramai kan lebih seronok!


SAIYIDINA UMAR AL-KHATAB R.A BERKATA : "TIADA ISLAM KECUALI DENGAN BERJEMAAH, TIDAK ADA JEMAAH KECUALI DENGAN KEPIMPINAN DAN TIDAK ADA KEPIMPINAN KECUALI KETAATAN." ( Ad-Darimi dari Tamim Ad-Dahari )

dalam dunia bola sepak, FC Barcelona telah dinobatkan sebagai juara dalam UCL bagi tahun ini. Sepanyol juga telah diketahui umum memegang tampuk kekuasaan sebagai juara dunia. persamaan antara kedua-dua pasukan ini ialah daripada segi taktikal. bahagian tengah mereka amat efisien dengan corak permainan secara 'short pass' dan tidak lama bola mendiam di kaki. jarang dilihat penguasaan bola secara individu dalam kedua-dua pasukan tersebut. hasilnya, kejuaraan utama telahpun mereka capai.

kita sepatutnya bukan sekadar menonton saja perlawanan bola sepak tersebut. semua peristiwa yang terjadi di sekeliling mempunyai pengajaran yang tersendiri. sikap ber'jamaah' yang ada dalam pasukan juara dunia ini terbukti berkesan dalam usaha mencapai sesuatu hasrat dan impian. sebagai muslim, kita sepatutnya lebih faham akan konsep tersebut. telah diterapkan sejak kecil lagi betapa pentingnya kerjasama antara individu bagi memupuk masyarakat yang berjaya.

menonton bola mesti beramai-ramai. waktu makan wajib berteman, ke pusat membeli-belah pun berkelompok. apatah lagi ketika tiba waktu bermain. tapi bila tiba waktu solat, semuanya bertebaran ke sudut peribadi masing-masing. lebih menyedihkan, ia juga terjadi di surau-surau dan masjid setelah jamaah yang pertama telah tamat. keadaan ini seakan menjadi perkara biasa bagi masyarakat moden alaf baru ini, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar yang bakal memegang halatuju dunia akan datang.

antara faktor utama yang menyebabkan kita solat secara sendirian adalah kerana ia sering ditunaikan di akhir waktu. walaupun kita mungkin sukar untuk memenuhi kesemua waktu solat bersama jemaah terawal, ia bukan menjadi penghalang untuk kita berjamaah. kecuali tidur dan ke tandas, kita sentiasa melihat manusia lain di sekeliling kita. jadi bukanlah sukar untuk memupuk sikap amr maaruf dalam kehidupan seharian.

ajaklah rakan-rakan kita untuk bersama-sama solat fardu. mungkin mereka juga mempunyai keinginan untuk berjamaah, namun berasa bahawa ia remeh dan tak perlu dijadikan isu setiap kali ingin solat. jika kita mengajak mereka untuk berjemaah, tidak sukar untuk mereka menerima pelawaan tersebut. tak semestinya di masjid dan surau sahaja, dalam bilik sendiri pun boleh. tak perlu membodek atau membelanjakan wang untuk mendapatkan manfaat yang lebih daripada apa yang dipunyai dunia ini.

amalan meninggalkan solat secara sengaja kini menjadi barah dalam masyarakat islam di sekeliling kita. tidak mustahil jka ia bermula dengan solat secara bersendirian secara berterusan. dengan berjamaah, kebarangkalian untuk meninggalkan solat adalah hampir sifar. kita akan berasa janggal jika belum solat apabila berjamaah menjadi amalan seharian. hasilnya, hidup kita akan menjadi lebih bersih dan tenang dengan solat yang paling sempurna dan dituntut dapat kita praktikkan dalam kehidupan.

"Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar"
-29:45

jangan ditanya mengapa masih melakukan mungkar walaupun sentiasa bersolat. amalkan dahulu solat secara sempurna, iaitu dengan ikhlas, tertib, istiqamah di awal waktu dan berjamaah. kemudian lihatlah perubahan hidup kita, seterusnya persepsi sekeliling terhadap hidup kita sendiri. ketika itulah baru kita faham apa itu erti kemanisan dalam ibadah.

doakan aku sentiasa terjaga hati dan amalan. mudah-mudahan Al-Quran sentiasa di hati. wassalam